Pengetua
dan Guru Besar,
Sekolah-Sekolah
Daerah Hilir Perak.
(Yang
Berkenaan)
Tuan,
RAPTAI DAN
PERSIAPAN TEMPAT MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN PESTA MSKPP PERINGKAT
NEGERI PERAK 2014
Dengan hormatnya,
perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak telah
diamanahkan untuk mengelolakan Pesta MSKPP Peringkat Negeri Perak pada 26
hingga 28 September 2014 di sekolah-sekolah sekitar bandar Teluk Intan.
3.
Sehubungan dengan itu raptai dan persiapan tempat majlis seperti di atas
akan diadakan mengikut maklumat seperti berikut:
Tarikh Majlis
Perasmian
Pembukaan : 26 September 2014 (Jumaat).
Masa dan
Tempat
: 8.00 malam di Hotel Grand Court, Teluk Intan.
Masa Raptai
Dan Persiapan
Tempat : 9.00 pagi pada 25 dan
26 September 2014.
Tarikh Majlis
Perasmian
Penutup
: 28 September 2014 (Ahad).
Masa dan
Tempat
: 3.00 petang di SJK(C ) San Min, Teluk Intan.
Masa Raptai
: 2.30 petang pada 25 September 2014.
Masa
Persiapan Tempat : 9.00 pagi pada 27 dan 28 September
2014.
4.
Sehubungan itu, sekolah tuan yang telah dilantik sebagai Jawatankuasa Majlis
Perasmian Pembukaan dan Penutupan Pesta MSKPP dipohon untuk melaksanakan tugas tersebut. Sebarang
pertanyaan sila hubungi En. Alias bin Sali, Penyelia Kanan Sukan Pejabat Pendidikan
Daerah Hilir Perak di talian 019-576 9778.
Kerjasama serta
sokongan tuan untuk menghadiri mesyuarat tersebut amat dihargai.
Sekian, terima
kasih.