SELAMAT MELAYARI LAMAN PENCARIAN MAKLUMAT DARI PSKPP HILIR PERAK

"SUKAN PSKPP UNTUK SEMUA KE ARAH MEMBINA WARGA PENDIDIK YANG SIHAT DAN CERGAS"


Wednesday, May 21, 2014

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA JAMUAN MAKAN MALAM MENGUMPUL DANA PSKPP 2014 KALI KEDUA

Melalui;

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak.
Tuan,
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA JAMUAN MAKAN MALAM MENGUMPUL DANA PSKPP 2014 KALI KEDUA
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak telah diamanahkan untuk mengelolakan Pesta PSKPP Peringkat Negeri Perak pada 26 hingga 28 September 2014 di Teluk Intan. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk mengelolakan kejohanan tersebut.
3.         Sehubungan dengan itu, mesyuarat tersebut di atas akan diadakan seperti maklumat yang berikut:
                        Tarikh              :           22 Mei 2014(Khamis).
                        Masa               :           2.30 petang.
                        Tempat            :           Bilik Alamanda,
Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak, Teluk Intan.
                       
4.         Sehubungan dengan itu, tuan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut. Pihak tuan diminta melaporkan maklumabalas persiapan jawatankuasa
kecil tuan semasa mesyuarat tersebut.
Kerjasama serta sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
**Nama Seperti di Lampiran 1 (Sila klik disini)

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN (PSKPP) PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK 2014 (KARNIVAL SUKAN PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK 2014)

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak.
 
Tuan,

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN (PSKPP) PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK 2014 (KARNIVAL SUKAN PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK 2014)
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.
 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pesta PSKPP Peringkat Negeri Perak  akan diadakan di Daerah Hilir Perak pada 26  hingga 28 September 2014.      
 
3.         Sehubungan dengan itu Pesta PSKPP Peringkat Daerah Hilir Perak bertujuan untuk memilih pemain yang berbakat untuk mewakili pasukan Daerah Hilir Perak dan memberi peluang kepada semua warga pendidikan untuk melibatkan diri dalam sukan akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
 
                        Tarikh                : 24 Mei 2014 (Sabtu).
                        Masa                : 8.00 pagi.
                        Tempat            : SMK Seri Kandi
                                                  Kolej Vokasional (Bola Sepak)
                        Permainan         : Bola Sepak (Senior + Veteran)
                                                  Bola Jaring (Senior + Veteran)
                                                  Bola Tampar Lelaki
                                                  Bola Tampar Wanita
                                                  Catur ( Terbuka lelaki dan Wanita)
                                                  Jogathon (Lelaki Dan Wanita, Senior Dan Veteran)
                                                  Tarik Tali (Staf Sokongan)
                                                                       
4.         Semua pemain yang terlibat dengan permainan di atas sila hadir mengikut masa yang ditetapkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Alias bin Sali Penyelia Kanan Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak ditalian 019-5769778.
 
Kerjasama dan sokongan tuan untuk menjayakan program diatas didahului dengan ucapan terima kasih.

Sunday, May 18, 2014

PERATURAN AM PSKPP HILIR PERAK 2014

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah,
Daerah Hilir Perak.
Tuan,
PERATURAN AM PSKPP HILIR PERAK 2014
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pesta PSKPP peringkat  negeri Perak akan diadakan di Teluk Intan pada  26 hingga 28 September 2014.
5.         Bersama-sama ini disertakan Peraturan Am PSKPP Hilir Perak 2014 untuk makluman pihak tuan/puan

Kerjasama dan sokongan pihak tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.

 Sila Muaturun disini :  LAMPIRAN

Wednesday, May 14, 2014

KERTAS KONSEP PESTA PSKPP HILIR PERAK 2014

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah,
Daerah Hilir Perak.
Tuan,
KERTAS KONSEP PESTA PSKPP HILIR PERAK 2014
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pesta PSKPP peringkat  negeri Perak akan diadakan di Teluk Intan pada  26 hingga 28 September 2014.
5.         Bersama-sama ini disertakan Kertas Konsep Pesta PSKPP Hilir Perak 2014 untuk makluman pihak tuan/puan

Kerjasama dan sokongan pihak tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.

 Sila Muaturun disini :  LAMPIRAN

PERTANDINGAN FUTSAL ANTARA KELAB STAF SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HILIR PERAK SEMPENA PESTA PSKPP PERINGKAT NEGERI PERAK 2014 (KATEGORI STAFF WANITA)

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak.

Tuan,
PERTANDINGAN FUTSAL ANTARA KELAB STAF SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HILIR PERAK SEMPENA PESTA PSKPP PERINGKAT NEGERI PERAK 2014 (KATEGORI STAFF WANITA)

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.  Sehubungan dengan itu, kelab staff sekolah dibenarkan menghantar pasukan futsal wanita bagi menyertai pertandingan ini. Syarat dan peraturan pertandingan bagi kategori wanita akan dimaklumkan kemudian. Format borang penyertaan adalah sama dengan format bagi pasukan futsal lelaki.
Sekian.

PERTANDINGAN CATUR PSKPP DAERAH HILIR PERAK 2014

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Hilir Perak.
 
Tuan,
 
PERTANDINGAN CATUR PSKPP DAERAH HILIR PERAK 2014
 
Dengan segala hormatnya keputusan mesyuarat Penyelarasan Sukan Guru Peringkat Daerah Hilir Perak 2014 pada 5 MEI 2014 di Pejabat Pendidikan Daerah dirujuk.
 
2.         Selaras dengan keputusan mesyuarat tersebut sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan Catur PSKPP peringkat daerah Hilir Perak akan diadakan seperti ketetapan berikut:
2.1       Tarikh              :           24 MEI 2014(Sabtu)
2.2       Masa                :           9.30 pagi hingga 1.30 petang (4 atau 5 pusingan X 40minit)
2.3       Tempat             :           SMK Seri Perak
2.4       Pengadil           :           En. Chan See Tian (SMK Horley, no. tel.: 019-5969148)
 
3.         Para warga pendidik digalakkan menyertai pertandingan ini kerana faedah-faedah berikut:
3.1       Penyertaan tersebut boleh diisikan di dalam borang prestasi dan dikira markah
3.2       Berpeluang memenangi hadiah (3 hadiah kategori lelaki dan 3 hadiah kategori perempuan)
3.3       Berpeluang mewakili daerah ke peringkat negeri di Teluk Intan pada 26 dan 27
            September 2014.
 
4.         Bagi mereka yang berminat menyertai pertandingan catur ini sila SMS nama,  dan nama sekolah kepada pengadil, En. Chan See Tian. (No. tel.: 019-5969148) pada atau sebelum  23 MEI 2014 (Jumaat).
 
5.         Untuk tujuan penyebaran maklumat di atas, adalah diharap tuan dapat memperbanyakkan surat ini dan dilekatkan di papan kenyataan pejabat sekolah, bilik guru dan tempat-tempat lain yang sesuai.
 
6.         Kerjasama serta sokongan tuan untuk menjayakan usaha PSKPP Daerah Hilir Perak ini amat dihargai dan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.
 
Sekian.

PEMILIHAN PASUKAN TARIAN PSKPP DAERAH HILIR PERAK KE PESTA PSKPP PERINGKAT NEGERI PERAK 2014

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah,
Daerah Hilir Perak.
Tuan,
PEMILIHAN PASUKAN TARIAN PSKPP DAERAH HILIR PERAK KE PESTA  PSKPP PERINGKAT NEGERI PERAK 2014

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pesta PSKPP peringkat negeri Perak akan diadakan pada 26 hingga 28 September 2014 di Teluk Intan. Sebagai tuan rumah Daerah Hilir Perak perlu menyediakan pasukan yang kuat dan mantap untuk mencipta kejayaan seiring dengan hasrat Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak ke arah Hilir Perak Nombor Satu.
3.         Sehubungan dengan itu, pemilihan pasukan tarian  PSKPP Daerah Hilir Perak akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh              :           20 Mei 2014 (Selasa). 
Masa               :           3.00 petang.
Tempat            :           SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota, Teluk Intan.
4.         Pegawai sekolah tuan yang berbakat dan berminat untuk mewakili pasukan Daerah Hilir Perak diminta hadir  untuk menjalani pemilihan dan jika terpilih akan mewakili pasukan PSKPP Daerah Hilir Perak ke Pesta PSKPP peringkat negeri. Dipohon kerjasama pihak tuan memberi pelepasan kepada guru-guru/kakitangan sokongan untuk menyertai pemilihan tersebut selaras dengan hasrat Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak untuk mencipta kecemerlangan dalam pesta tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Rosnah bt Mat zain ditalian  012-578 9075 atau En. Alias bin Sali, Penyelia kanan Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak di talian 019-576 9778.
Kerjasama dan sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.
Sekian, Terima kasih.
 

PEMILIHAN PASUKAN SENAMROBIK PSKPP DAERAH HILIR PERAK KE PESTA PSKPP PERINGKAT NEGERI PERAK 2014

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah,
Daerah Hilir Perak.
 
Tuan,
PEMILIHAN PASUKAN SENAMROBIK PSKPP DAERAH HILIR PERAK KE PESTA  PSKPP PERINGKAT NEGERI PERAK 2014
 
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.
 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pesta PSKPP peringkat negeri Perak akan diadakan pada 26 hingga 28 September 2014 di Teluk Intan. Sebagai tuan rumah Daerah Hilir Perak perlu menyediakan pasukan yang kuat dan mantap untuk mencipta kejayaan seiring dengan hasrat Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak ke arah Hilir Perak Nombor Satu.
 
3.         Sehubungan dengan itu, pemilihan pasukan senamrobik  PSKPP Daerah Hilir Perak akan diadakan seperti ketetapan berikut:
 
Tarikh              :           15 Mei 2014 (Khamis). 
Masa               :           3.00 petang.
Tempat            :           Gimnasium 1Malaysia, Jalan Tepi Sungai, Teluk Intan.
Pakaian           :           Sukan
 
4.         Pegawai sekolah tuan yang berbakat dan berminat untuk mewakili pasukan Daerah Hilir Perak diminta hadir  untuk menjalani pemilihan dan jika terpilih akan mewakili pasukan PSKPP Daerah Hilir Perak ke Pesta PSKPP peringkat negeri. Dipohon kerjasama pihak tuan memberi pelepasan kepada guru-guru/kakitangan sokongan untuk menyertai pemilihan tersebut selaras dengan hasrat Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak untuk mencipta kecemerlangan dalam pesta tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Azua Biyanti bt Baharuddin sebagai Pengerusi Teknikal Senamrobik PSKPP Daerah Hilir Perak ditalian 012-531 2223 atau En. Alias bin Sali, Penyelia kanan Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak di talian 019-576 9778.
 
Kerjasama dan sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.

PERTANDINGAN BADMINTON PSKPP DAERAH HILIR PERAK 2014

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah,
Daerah Hilir Perak.
Tuan,
PERTANDINGAN BADMINTON PSKPP DAERAH HILIR PERAK 2014
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pesta PSKPP peringkat  negeri Perak akan diadakan di Teluk Intan pada  26 hingga 28 September 2014.
3.         Sehubungan dengan itu, Pertandingan Badminton PSKPP Peringkat Daerah Hilir Perak bertujuan untuk memberi peluang kepada guru-guru dan kakitangan melibatkan diri dalam sukan dan memilih pemain-pemain yang akan mewakili Daerah Hilir Perak ke kejohanan tersebut akan diadakan seperti maklumat berikut:
 
                                    Tarikh              :  21 Mei 2014.
                                    Masa               : 2.00 petang.
                                    Tempat            : SMK San Min, Teluk Intan.
4.         Amat diharapkan pihak  tuan dapat menghebahkan maklumat ini kepada semua guru dan kakitangan sokongan di sekolah tuan dan menggalakkan guru-guru dan kakitangan sekolah tuan untuk menyertai pertandingan tersebut. Dipohon kerjasama pihak tuan memberi pelepasan kepada guru-guru dan kakitangan sokongan untuk menyertai pertandingan tersebut. Semoga dengan adanya sokongan dari pihak tuan harapan Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak untuk merealisasikan ‘Hilir Perak Nombor Satu’ akan tercapai.
5.         Bersama-sama ini disertakan borang penyertaan bagi yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebuT (Sila muat turun disini)
Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Lee Kim Wah PTPS Badminton  PSKPP Daerah Hilir Perak di talian 018-399 9200.
Kerjasama dan sokongan pihak tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.
LAMPIRAN : BORANG PENYERTAAN