Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak.
Tuan,
PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN (PSKPP) PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK 2014 (KARNIVAL SUKAN PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK 2014)
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pesta PSKPP Peringkat Negeri Perak akan
diadakan di Daerah Hilir Perak pada 26 hingga 28 September 2014.
3.
Sehubungan dengan itu Pesta PSKPP Peringkat Daerah Hilir Perak
bertujuan untuk memilih pemain yang berbakat untuk mewakili pasukan
Daerah Hilir Perak dan memberi peluang kepada semua warga pendidikan
untuk melibatkan diri dalam sukan akan diadakan mengikut ketetapan
berikut:
Tarikh : 24 Mei 2014 (Sabtu).
Masa : 8.00 pagi.
Tempat : SMK Seri Kandi
Kolej Vokasional (Bola Sepak)
Permainan : Bola Sepak (Senior + Veteran)
Bola Jaring (Senior + Veteran)
Bola Tampar Lelaki
Bola Tampar Wanita
Catur ( Terbuka lelaki dan Wanita)
Jogathon (Lelaki Dan Wanita, Senior Dan Veteran)
Tarik Tali (Staf Sokongan)
4.
Semua pemain yang terlibat dengan permainan di atas sila hadir mengikut
masa yang ditetapkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Alias bin
Sali Penyelia Kanan Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak ditalian
019-5769778.
Kerjasama dan sokongan tuan untuk menjayakan program diatas didahului dengan ucapan terima kasih.
No comments:
Post a Comment