SELAMAT MELAYARI LAMAN PENCARIAN MAKLUMAT DARI PSKPP HILIR PERAK

"SUKAN PSKPP UNTUK SEMUA KE ARAH MEMBINA WARGA PENDIDIK YANG SIHAT DAN CERGAS"


Wednesday, May 14, 2014

PEMILIHAN PASUKAN TARIAN PSKPP DAERAH HILIR PERAK KE PESTA PSKPP PERINGKAT NEGERI PERAK 2014

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah,
Daerah Hilir Perak.
Tuan,
PEMILIHAN PASUKAN TARIAN PSKPP DAERAH HILIR PERAK KE PESTA  PSKPP PERINGKAT NEGERI PERAK 2014

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pesta PSKPP peringkat negeri Perak akan diadakan pada 26 hingga 28 September 2014 di Teluk Intan. Sebagai tuan rumah Daerah Hilir Perak perlu menyediakan pasukan yang kuat dan mantap untuk mencipta kejayaan seiring dengan hasrat Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak ke arah Hilir Perak Nombor Satu.
3.         Sehubungan dengan itu, pemilihan pasukan tarian  PSKPP Daerah Hilir Perak akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh              :           20 Mei 2014 (Selasa). 
Masa               :           3.00 petang.
Tempat            :           SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota, Teluk Intan.
4.         Pegawai sekolah tuan yang berbakat dan berminat untuk mewakili pasukan Daerah Hilir Perak diminta hadir  untuk menjalani pemilihan dan jika terpilih akan mewakili pasukan PSKPP Daerah Hilir Perak ke Pesta PSKPP peringkat negeri. Dipohon kerjasama pihak tuan memberi pelepasan kepada guru-guru/kakitangan sokongan untuk menyertai pemilihan tersebut selaras dengan hasrat Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak untuk mencipta kecemerlangan dalam pesta tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Rosnah bt Mat zain ditalian  012-578 9075 atau En. Alias bin Sali, Penyelia kanan Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak di talian 019-576 9778.
Kerjasama dan sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.
Sekian, Terima kasih.
 

No comments:

Post a Comment