Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah,
Daerah Hilir Perak.
Tuan,
PEMILIHAN PASUKAN SENAMROBIK PSKPP DAERAH HILIR PERAK KE PESTA PSKPP PERINGKAT NEGERI PERAK 2014
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pesta PSKPP peringkat negeri Perak akan
diadakan pada 26 hingga 28 September 2014 di Teluk Intan. Sebagai tuan
rumah Daerah Hilir Perak perlu menyediakan pasukan yang kuat dan mantap
untuk mencipta kejayaan seiring dengan hasrat Pegawai Pendidikan Daerah
Hilir Perak ke arah Hilir Perak Nombor Satu.
3.
Sehubungan dengan itu, pemilihan pasukan senamrobik PSKPP Daerah Hilir
Perak akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 15 Mei 2014 (Khamis).
Masa : 3.00 petang.
Tempat : Gimnasium 1Malaysia, Jalan Tepi Sungai, Teluk Intan.
Pakaian : Sukan
4.
Pegawai sekolah tuan yang berbakat dan berminat untuk mewakili pasukan
Daerah Hilir Perak diminta hadir untuk menjalani pemilihan dan jika
terpilih akan mewakili pasukan PSKPP Daerah Hilir Perak ke Pesta PSKPP
peringkat negeri. Dipohon kerjasama pihak tuan memberi pelepasan kepada
guru-guru/kakitangan sokongan untuk menyertai pemilihan tersebut selaras
dengan hasrat Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak untuk mencipta
kecemerlangan dalam pesta tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi
Puan Azua Biyanti bt Baharuddin sebagai Pengerusi Teknikal Senamrobik
PSKPP Daerah Hilir Perak ditalian 012-531 2223 atau En. Alias bin Sali,
Penyelia kanan Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak di talian
019-576 9778.
Kerjasama dan sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.
No comments:
Post a Comment