SELAMAT MELAYARI LAMAN PENCARIAN MAKLUMAT DARI PSKPP HILIR PERAK

"SUKAN PSKPP UNTUK SEMUA KE ARAH MEMBINA WARGA PENDIDIK YANG SIHAT DAN CERGAS"


Wednesday, May 14, 2014

PERTANDINGAN BADMINTON PSKPP DAERAH HILIR PERAK 2014

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah,
Daerah Hilir Perak.
Tuan,
PERTANDINGAN BADMINTON PSKPP DAERAH HILIR PERAK 2014
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pesta PSKPP peringkat  negeri Perak akan diadakan di Teluk Intan pada  26 hingga 28 September 2014.
3.         Sehubungan dengan itu, Pertandingan Badminton PSKPP Peringkat Daerah Hilir Perak bertujuan untuk memberi peluang kepada guru-guru dan kakitangan melibatkan diri dalam sukan dan memilih pemain-pemain yang akan mewakili Daerah Hilir Perak ke kejohanan tersebut akan diadakan seperti maklumat berikut:
 
                                    Tarikh              :  21 Mei 2014.
                                    Masa               : 2.00 petang.
                                    Tempat            : SMK San Min, Teluk Intan.
4.         Amat diharapkan pihak  tuan dapat menghebahkan maklumat ini kepada semua guru dan kakitangan sokongan di sekolah tuan dan menggalakkan guru-guru dan kakitangan sekolah tuan untuk menyertai pertandingan tersebut. Dipohon kerjasama pihak tuan memberi pelepasan kepada guru-guru dan kakitangan sokongan untuk menyertai pertandingan tersebut. Semoga dengan adanya sokongan dari pihak tuan harapan Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak untuk merealisasikan ‘Hilir Perak Nombor Satu’ akan tercapai.
5.         Bersama-sama ini disertakan borang penyertaan bagi yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebuT (Sila muat turun disini)
Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Lee Kim Wah PTPS Badminton  PSKPP Daerah Hilir Perak di talian 018-399 9200.
Kerjasama dan sokongan pihak tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.
LAMPIRAN : BORANG PENYERTAAN

No comments:

Post a Comment