SELAMAT MELAYARI LAMAN PENCARIAN MAKLUMAT DARI PSKPP HILIR PERAK

"SUKAN PSKPP UNTUK SEMUA KE ARAH MEMBINA WARGA PENDIDIK YANG SIHAT DAN CERGAS"


Sunday, November 2, 2014

PERTANDINGAN PETANQUE MSKPP DAERAH HILIR PERAK 2014

Pengetua  dan Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak,
Tuan,
PERTANDINGAN PETANQUE MSKPP DAERAH HILIR PERAK 2014
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2.         Dimaklumkan bahawa Kejohanan Petanque MSKPP Perak akan diadakan pada 15 November 2014 di Gelanggang Petanque JKR Kuala Kangsar, Kuala Kangsar mulai jam 8.30 pagi.
3.         Sehubungan dengan itu pertandingan dan pemilihan pemain pasukan Petanque MSKPP Daerah Hilir Perak akan diadakan mengikut maklumat berikut:       
            Tarikh                         : 8 November 2014.
            Masa                          : 9.00 pagi.
Tempat                       : SMK Seri Perkasa, Hutan Melintang.
4.         Pegawai sekolah tuan yang berminat untuk mewakili daerah Hilir Perak dijemput hadir untuk menyertai pertandingan tersebut dan sekiranya terpilih akan mewakili  Daerah Hilir Perak ke kejohanan tersebut.

Kerjasama serta sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.

Monday, October 13, 2014

PERTANDINGAN FUTSAL MSKPP DAERAH HILIR PERAK

PERTANDINGAN FUTSAL MSKPP DAERAH HILIR PERAK
TARIKH         :           18  OKTOBER 2014   (  SABTU  )
MASA             :           8.00  PAGI
TEMPAT       :           ARENA SQUARE .TELUK INTAN
BAYARAN    :           RM 50.00
PASUKAN    :           LELAKI DAN PEREMPUAN
HADIAH         :           MEDAL MSKPP

                                    JOHAN , NAIB JOHAN , KE-3 , KE-4

Thursday, September 25, 2014

RAPTAI DAN PERSIAPAN TEMPAT MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN PESTA MSKPP PERINGKAT NEGERI PERAK 2014



Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak.
(Yang Berkenaan)

Tuan,

RAPTAI DAN PERSIAPAN TEMPAT MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN PESTA MSKPP PERINGKAT NEGERI PERAK 2014

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

 2.        Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak telah diamanahkan untuk mengelolakan Pesta MSKPP Peringkat Negeri Perak pada 26 hingga 28 September 2014 di sekolah-sekolah sekitar bandar Teluk Intan.

3.         Sehubungan dengan itu raptai dan persiapan tempat majlis  seperti di atas akan diadakan mengikut maklumat seperti berikut:

Tarikh Majlis
Perasmian Pembukaan       :   26 September 2014 (Jumaat).
Masa dan Tempat                :   8.00 malam di Hotel Grand Court, Teluk Intan.
Masa Raptai
Dan Persiapan Tempat       :   9.00 pagi pada 25 dan 26 September 2014.
                                                    
Tarikh Majlis
Perasmian Penutup             :   28 September 2014 (Ahad).
Masa dan Tempat                :   3.00 petang di SJK(C ) San Min, Teluk Intan.
Masa Raptai                        :   2.30 petang pada 25 September 2014.
Masa  Persiapan Tempat    :   9.00 pagi pada 27 dan 28 September 2014.                   

4.         Sehubungan itu, sekolah tuan yang telah dilantik sebagai Jawatankuasa Majlis Perasmian Pembukaan dan Penutupan Pesta MSKPP dipohon untuk melaksanakan tugas tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Alias bin Sali, Penyelia Kanan Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak di talian 019-576 9778.

Kerjasama serta sokongan tuan untuk menghadiri mesyuarat tersebut amat dihargai.

Sekian, terima kasih. 



Monday, September 8, 2014

Atur Cara Majlis Perasmian Pembukaan PSKPP

Tarikh 
26 SEPT 2014 (Jumaat)

Tempat
Hotel Grand Court Teluk Intan

Tetamu Khas/Perasmian
YB Khairi Jamaluddin Bin Abu Bakar
(Menteri Belia Sukan)

  • 8.00 Malam
  • Jemputan Mengambil Tempat
  • Ketibaan Tetamu Kehormat
  • Nyanyian Lagu Negaraku
  • Nyanyian Lagu Kebesaran Negeri Perak
  • Bacaan Doa
  • Ucapan alu-Aluan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Oleh Pegawai Pendidikan Daerah hilir Perak
  • Ucapan Pengarah Pendidikan Perak
  • Ucapan Perasmian Pembukaan Pesta PSKPP 2014
  • Penyampaian Cenderamata
  • Jamuan Makan Malam Dan persembahan
  • Bersurai


Sunday, September 7, 2014

Senarai Hotel Dan Homestay Di teluk Intan


Teluk Intan
Angsoka Hotel
No. 24, Jln. Changkat Jong, Tlk. Intan,  36000 Perak.
05-6223756
05-6216399
Teluk Intan
Anson Hotel
No. 8, 9, 10, Medan Sri Intan, Jln. Sekolah, Tlk. Intan,  36000 Perak.
05-6226166
05-6226168
Teluk Intan
Hoover Hotel & T. House
Jln. Sultan Abdullah, Tlk. Intan,  36000 Perak.
05-6222216

Teluk Intan
Hotel G. City
Lot 3337, Jln. Sultan Abdullah, Tlk. Intan, 36000 Perak.
05-6229586
05-6226554
Teluk Intan
Hotel Intan
No.6 Tkt 1,Lrg 1, Tmn Hong Kong Jln Sultan Abdullah, Teluk Intan 
05-6211988
05-6211988
Teluk Intan
Hotel Sri Bandar
Lot 4028-4030, Jalan Sultan Abdullah, 36000 Teluk Intan, Perak.
05-6237534
05-6237541
Teluk Intan
Kum Ah Hotel
1065, Jalan Sekolah, 36000 Teluk Intan, Perak.
05-6221407

Teluk Intan
Rumah Rehat Teluk Intan
Off Jln. Changkat Jong, Tlk. Intan 36000 Perak.
05-6218021
05-6212446
Teluk Intan
The Asia Hotel
No. 12, Jln. Raja, Tlk. Intan, 36000 Perak.
05-6221172

Teluk Intan
Grand Court Hotel

05-6226624


Teluk Intan
Homestay Sri Nini
Taman Bakti
012-4037475

Teluk Intan
QQ Homestay
13, taman Bunga Raya, Jln Sultan Abdullah,
36000 Teluk Intan Perak
05-6222168
017-2756161
Teluk Intan
Che Yah Cosy
homestay
No 8, Lorong Aman 8, Kg Bahagia, 36000, Teluk Intan Perak
019-5442844
019-5754955


Untuk lebih lanjut anda boleh melayari sesawang http://www.1malaysiahomestay.com/

Pertandingan Paintball PSKPP peringkat daerah dan pemilihan Pasukan Paintball Daerah. (Perubahan masa)
Tarikh: 6 September 2014
Masa: 10.30 pg
Tempat: Ultra Paintball, Kg Selabak, teluk intan.
Pasukan: 5 orang sepasukan
Bayaran : RM 80.00 sepasukan (bayaran pallet dan gas)
Kategori: Lelaki dan Perempuan
Syarat pertandingan
1. Semua peserta merupakan ahli PSKPP dan berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Pasukan boleh dibentuk daripada 5 orang ahli PSKPP yang berkhidmat di Daerah Hilir Perak.
3. Sistem permainan adalah sistem kalah singkir.
4. Pemenang akan mewakili Daerah Hilir Perak ke Pertandingan PSKPP peringkat Negeri.
5. Pemenang akan mendapat sekotak pallet (bernilai RM 180).
6. Tarikh tutup menghantar borang penyertaan pada 5 September 2014.
7. Bayaran sebanyak RM 80.00 satu pasukan perlu dijelaskan semasa hari pertandingan.
8. Sekiranya pasukan tidak cukup 5 orang, tuan /puan boleh isi borang tersebut dan datang pada hari pertandingan. Tuan / puan akan digabungkan dengan pasukan yang tidak cukup pemain (sekiranya ada )
Sebarang pertanyaan boleh hubungi (pm fb/msg/whatsapp) .. mohammad zulkhairi mansor 019 4576775.
Muat turun borang di http://goo.gl/3nWLWi
(Sila hantar borang yang telah diisi ke mohammadzm@yes.my
 )
Isi borang online di http://goo.gl/O0x0GT
Salah satu sahaja.
Penyertaan yang berdaftar sehingga 3 Sep 2014
Lelaki
1. PPD
2. SK Perwira
3. SK Sg Jejawi
4. The Panters
5. SMK Ulu Bernam
6. SMK Seri Perak
7. Black Waterian
Perempuan
1. SK Perwira

Monday, August 18, 2014

JAWATANKUASA PENGELOLA PSKPP KALI KE-42

Pengetua danGuru Besar
sekolah- sekolah Daerah Hilir Perak


JAWATANKUASA PENGELOLA PSKPP KALI KE-42

Bersama-sama ini disertakan jawatankuasa ppengelola pesta PSKPP kali ke-42 yang akan berlangsung pada 26 hingga 28 september 2014.

mohon pihak tuan mengambil tindakan dan persediaanmengikut bidang masing- masing.

sebarang pertanyaan sila hubungi En alias bin sali, pemyelia kanan pembangunan sukan di talian 019-576 9788 atau  05-6221972  sambungan 126

Wednesday, May 21, 2014

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA JAMUAN MAKAN MALAM MENGUMPUL DANA PSKPP 2014 KALI KEDUA

Melalui;

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak.
Tuan,
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA JAMUAN MAKAN MALAM MENGUMPUL DANA PSKPP 2014 KALI KEDUA
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak telah diamanahkan untuk mengelolakan Pesta PSKPP Peringkat Negeri Perak pada 26 hingga 28 September 2014 di Teluk Intan. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk mengelolakan kejohanan tersebut.
3.         Sehubungan dengan itu, mesyuarat tersebut di atas akan diadakan seperti maklumat yang berikut:
                        Tarikh              :           22 Mei 2014(Khamis).
                        Masa               :           2.30 petang.
                        Tempat            :           Bilik Alamanda,
Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak, Teluk Intan.
                       
4.         Sehubungan dengan itu, tuan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut. Pihak tuan diminta melaporkan maklumabalas persiapan jawatankuasa
kecil tuan semasa mesyuarat tersebut.
Kerjasama serta sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
**Nama Seperti di Lampiran 1 (Sila klik disini)

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN (PSKPP) PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK 2014 (KARNIVAL SUKAN PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK 2014)

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak.
 
Tuan,

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN (PSKPP) PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK 2014 (KARNIVAL SUKAN PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK 2014)
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.
 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pesta PSKPP Peringkat Negeri Perak  akan diadakan di Daerah Hilir Perak pada 26  hingga 28 September 2014.      
 
3.         Sehubungan dengan itu Pesta PSKPP Peringkat Daerah Hilir Perak bertujuan untuk memilih pemain yang berbakat untuk mewakili pasukan Daerah Hilir Perak dan memberi peluang kepada semua warga pendidikan untuk melibatkan diri dalam sukan akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
 
                        Tarikh                : 24 Mei 2014 (Sabtu).
                        Masa                : 8.00 pagi.
                        Tempat            : SMK Seri Kandi
                                                  Kolej Vokasional (Bola Sepak)
                        Permainan         : Bola Sepak (Senior + Veteran)
                                                  Bola Jaring (Senior + Veteran)
                                                  Bola Tampar Lelaki
                                                  Bola Tampar Wanita
                                                  Catur ( Terbuka lelaki dan Wanita)
                                                  Jogathon (Lelaki Dan Wanita, Senior Dan Veteran)
                                                  Tarik Tali (Staf Sokongan)
                                                                       
4.         Semua pemain yang terlibat dengan permainan di atas sila hadir mengikut masa yang ditetapkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Alias bin Sali Penyelia Kanan Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak ditalian 019-5769778.
 
Kerjasama dan sokongan tuan untuk menjayakan program diatas didahului dengan ucapan terima kasih.

Sunday, May 18, 2014

PERATURAN AM PSKPP HILIR PERAK 2014

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah,
Daerah Hilir Perak.
Tuan,
PERATURAN AM PSKPP HILIR PERAK 2014
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pesta PSKPP peringkat  negeri Perak akan diadakan di Teluk Intan pada  26 hingga 28 September 2014.
5.         Bersama-sama ini disertakan Peraturan Am PSKPP Hilir Perak 2014 untuk makluman pihak tuan/puan

Kerjasama dan sokongan pihak tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.

 Sila Muaturun disini :  LAMPIRAN

Wednesday, May 14, 2014

KERTAS KONSEP PESTA PSKPP HILIR PERAK 2014

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah,
Daerah Hilir Perak.
Tuan,
KERTAS KONSEP PESTA PSKPP HILIR PERAK 2014
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pesta PSKPP peringkat  negeri Perak akan diadakan di Teluk Intan pada  26 hingga 28 September 2014.
5.         Bersama-sama ini disertakan Kertas Konsep Pesta PSKPP Hilir Perak 2014 untuk makluman pihak tuan/puan

Kerjasama dan sokongan pihak tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.

 Sila Muaturun disini :  LAMPIRAN

PERTANDINGAN FUTSAL ANTARA KELAB STAF SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HILIR PERAK SEMPENA PESTA PSKPP PERINGKAT NEGERI PERAK 2014 (KATEGORI STAFF WANITA)

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak.

Tuan,
PERTANDINGAN FUTSAL ANTARA KELAB STAF SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HILIR PERAK SEMPENA PESTA PSKPP PERINGKAT NEGERI PERAK 2014 (KATEGORI STAFF WANITA)

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.  Sehubungan dengan itu, kelab staff sekolah dibenarkan menghantar pasukan futsal wanita bagi menyertai pertandingan ini. Syarat dan peraturan pertandingan bagi kategori wanita akan dimaklumkan kemudian. Format borang penyertaan adalah sama dengan format bagi pasukan futsal lelaki.
Sekian.

PERTANDINGAN CATUR PSKPP DAERAH HILIR PERAK 2014

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Hilir Perak.
 
Tuan,
 
PERTANDINGAN CATUR PSKPP DAERAH HILIR PERAK 2014
 
Dengan segala hormatnya keputusan mesyuarat Penyelarasan Sukan Guru Peringkat Daerah Hilir Perak 2014 pada 5 MEI 2014 di Pejabat Pendidikan Daerah dirujuk.
 
2.         Selaras dengan keputusan mesyuarat tersebut sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan Catur PSKPP peringkat daerah Hilir Perak akan diadakan seperti ketetapan berikut:
2.1       Tarikh              :           24 MEI 2014(Sabtu)
2.2       Masa                :           9.30 pagi hingga 1.30 petang (4 atau 5 pusingan X 40minit)
2.3       Tempat             :           SMK Seri Perak
2.4       Pengadil           :           En. Chan See Tian (SMK Horley, no. tel.: 019-5969148)
 
3.         Para warga pendidik digalakkan menyertai pertandingan ini kerana faedah-faedah berikut:
3.1       Penyertaan tersebut boleh diisikan di dalam borang prestasi dan dikira markah
3.2       Berpeluang memenangi hadiah (3 hadiah kategori lelaki dan 3 hadiah kategori perempuan)
3.3       Berpeluang mewakili daerah ke peringkat negeri di Teluk Intan pada 26 dan 27
            September 2014.
 
4.         Bagi mereka yang berminat menyertai pertandingan catur ini sila SMS nama,  dan nama sekolah kepada pengadil, En. Chan See Tian. (No. tel.: 019-5969148) pada atau sebelum  23 MEI 2014 (Jumaat).
 
5.         Untuk tujuan penyebaran maklumat di atas, adalah diharap tuan dapat memperbanyakkan surat ini dan dilekatkan di papan kenyataan pejabat sekolah, bilik guru dan tempat-tempat lain yang sesuai.
 
6.         Kerjasama serta sokongan tuan untuk menjayakan usaha PSKPP Daerah Hilir Perak ini amat dihargai dan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.
 
Sekian.

PEMILIHAN PASUKAN TARIAN PSKPP DAERAH HILIR PERAK KE PESTA PSKPP PERINGKAT NEGERI PERAK 2014

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah,
Daerah Hilir Perak.
Tuan,
PEMILIHAN PASUKAN TARIAN PSKPP DAERAH HILIR PERAK KE PESTA  PSKPP PERINGKAT NEGERI PERAK 2014

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pesta PSKPP peringkat negeri Perak akan diadakan pada 26 hingga 28 September 2014 di Teluk Intan. Sebagai tuan rumah Daerah Hilir Perak perlu menyediakan pasukan yang kuat dan mantap untuk mencipta kejayaan seiring dengan hasrat Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak ke arah Hilir Perak Nombor Satu.
3.         Sehubungan dengan itu, pemilihan pasukan tarian  PSKPP Daerah Hilir Perak akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh              :           20 Mei 2014 (Selasa). 
Masa               :           3.00 petang.
Tempat            :           SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota, Teluk Intan.
4.         Pegawai sekolah tuan yang berbakat dan berminat untuk mewakili pasukan Daerah Hilir Perak diminta hadir  untuk menjalani pemilihan dan jika terpilih akan mewakili pasukan PSKPP Daerah Hilir Perak ke Pesta PSKPP peringkat negeri. Dipohon kerjasama pihak tuan memberi pelepasan kepada guru-guru/kakitangan sokongan untuk menyertai pemilihan tersebut selaras dengan hasrat Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak untuk mencipta kecemerlangan dalam pesta tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Rosnah bt Mat zain ditalian  012-578 9075 atau En. Alias bin Sali, Penyelia kanan Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak di talian 019-576 9778.
Kerjasama dan sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.
Sekian, Terima kasih.
 

PEMILIHAN PASUKAN SENAMROBIK PSKPP DAERAH HILIR PERAK KE PESTA PSKPP PERINGKAT NEGERI PERAK 2014

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah,
Daerah Hilir Perak.
 
Tuan,
PEMILIHAN PASUKAN SENAMROBIK PSKPP DAERAH HILIR PERAK KE PESTA  PSKPP PERINGKAT NEGERI PERAK 2014
 
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.
 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pesta PSKPP peringkat negeri Perak akan diadakan pada 26 hingga 28 September 2014 di Teluk Intan. Sebagai tuan rumah Daerah Hilir Perak perlu menyediakan pasukan yang kuat dan mantap untuk mencipta kejayaan seiring dengan hasrat Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak ke arah Hilir Perak Nombor Satu.
 
3.         Sehubungan dengan itu, pemilihan pasukan senamrobik  PSKPP Daerah Hilir Perak akan diadakan seperti ketetapan berikut:
 
Tarikh              :           15 Mei 2014 (Khamis). 
Masa               :           3.00 petang.
Tempat            :           Gimnasium 1Malaysia, Jalan Tepi Sungai, Teluk Intan.
Pakaian           :           Sukan
 
4.         Pegawai sekolah tuan yang berbakat dan berminat untuk mewakili pasukan Daerah Hilir Perak diminta hadir  untuk menjalani pemilihan dan jika terpilih akan mewakili pasukan PSKPP Daerah Hilir Perak ke Pesta PSKPP peringkat negeri. Dipohon kerjasama pihak tuan memberi pelepasan kepada guru-guru/kakitangan sokongan untuk menyertai pemilihan tersebut selaras dengan hasrat Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak untuk mencipta kecemerlangan dalam pesta tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Azua Biyanti bt Baharuddin sebagai Pengerusi Teknikal Senamrobik PSKPP Daerah Hilir Perak ditalian 012-531 2223 atau En. Alias bin Sali, Penyelia kanan Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak di talian 019-576 9778.
 
Kerjasama dan sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.

PERTANDINGAN BADMINTON PSKPP DAERAH HILIR PERAK 2014

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah,
Daerah Hilir Perak.
Tuan,
PERTANDINGAN BADMINTON PSKPP DAERAH HILIR PERAK 2014
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pesta PSKPP peringkat  negeri Perak akan diadakan di Teluk Intan pada  26 hingga 28 September 2014.
3.         Sehubungan dengan itu, Pertandingan Badminton PSKPP Peringkat Daerah Hilir Perak bertujuan untuk memberi peluang kepada guru-guru dan kakitangan melibatkan diri dalam sukan dan memilih pemain-pemain yang akan mewakili Daerah Hilir Perak ke kejohanan tersebut akan diadakan seperti maklumat berikut:
 
                                    Tarikh              :  21 Mei 2014.
                                    Masa               : 2.00 petang.
                                    Tempat            : SMK San Min, Teluk Intan.
4.         Amat diharapkan pihak  tuan dapat menghebahkan maklumat ini kepada semua guru dan kakitangan sokongan di sekolah tuan dan menggalakkan guru-guru dan kakitangan sekolah tuan untuk menyertai pertandingan tersebut. Dipohon kerjasama pihak tuan memberi pelepasan kepada guru-guru dan kakitangan sokongan untuk menyertai pertandingan tersebut. Semoga dengan adanya sokongan dari pihak tuan harapan Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak untuk merealisasikan ‘Hilir Perak Nombor Satu’ akan tercapai.
5.         Bersama-sama ini disertakan borang penyertaan bagi yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebuT (Sila muat turun disini)
Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Lee Kim Wah PTPS Badminton  PSKPP Daerah Hilir Perak di talian 018-399 9200.
Kerjasama dan sokongan pihak tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.
LAMPIRAN : BORANG PENYERTAAN