SELAMAT MELAYARI LAMAN PENCARIAN MAKLUMAT DARI PSKPP HILIR PERAK

"SUKAN PSKPP UNTUK SEMUA KE ARAH MEMBINA WARGA PENDIDIK YANG SIHAT DAN CERGAS"


MAKLUMAT AM

1) NAMA PESTA 
Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran ( PSKPP ) Negeri Perak Kali ke-42 Tahun 2014.

2) ANJURAN
Persatuan Sukan Dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran  Negeri Perak

3) PENGELOLA
Kejohanan ini dikelolakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak

4) TARIKH DAN TEMPAT KEJOHANAN 
4.1 - 26  September hingga 28 September 2014 ( Jumaat hingga Ahad )
4.2 - Teluk Intan. 

5) PENGINAPAN 
5.1 - Urusan daerah masing-masing dicadangkan di hotel-hotel dan homestay disekitar bandar Teluk Intan.
5.2 - Senarai nama hotel dan homestay berserta nombor telefon dan kadar bayaran hotel akan
dibekalkan kepada tiap-tiap daerah semasa mesyuarat penyelarasan.
5.3 - Penginapan rasmi VVIP – Hotel Grand Court dan Hotel Anson
5.4 - Penginapan untuk  pengadil disediakan di Asrama SMK Abdul Rahman Talib 

6) PENDAFTARAN 
6.1 - Borang Pendaftaran
6.1.1 - Kontinjen PSKPP Daerah dikehendaki memaklumkan penyertaan
kepada Jawatankuasa Pengelola  secara ”ON LINE” sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum tarikh pertandingan.
6.1.2 - Tiap-tiap kontinjen PSKPP Daerah dikehendaki mendaftar nama pegawai dan
pemain dalam borang tertentu yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola yang
mengandungi: 
a - Nama Penuh( mengikut Kad Pengenalan dan nyatakan sekali ( En,Pn,Hj,Hjh ) 
b - No. Kad Pengenalan
c - No Gaji
d - Pekerjaan (Nyatakan dengan jelas)
e - Alamat Pejabat/Sekolah dan No. Telefon 
6.1.3 - Borang Pendaftaran tersebut hendaklah diisikan dengan lengkap Jawatankuasa
Pengelola berhak menolak mana-mana borang pendaftaran yang tidak lengkap seperti para 6.1.2 dan hendaklah ditandatangani oleh Yang Dipertua dan Setiausaha Agung dan Cop
Rasmi (dibawa semasa pendaftaran)
6.1.4 - Borang pendaftaran hendaklah bertaip dan maklumat penuh diisi dengan sebenarnya Sila bawa bersama surat pelepasan pemain jika pemain diambil dari daerah lain.
6.1.5 - Borang penyertaan yang dilengkapkan boleh dihantar secara “ON LINE” kepada
(www.pskpphilirpk.2014.com) untuk maklumat lanjut sila hubungi Alias bin Sali (019-576 9778)
6.1.6 - Tarikh tutup ; 22 Ogos 2014 (Jumaat)
  
7) MINUMAN PERTANDINGAN 
7.1 - Minum peserta diuruskan oleh kontinjen masing-masing
7.2 - Pegawai pertandingan disediakan air mineral (mineral water)

8) PENGADIL
Setiap daerah diwajibkan menghantar seorang pengadil bagi setiap jenis permainan. Surat menyurat diuruskan terus oleh daerah masing-masing. Daerah yang tidak menghantar pengadil akan dikenakan penalti RM100.00 bagi seorang pengadil.