SELAMAT MELAYARI LAMAN PENCARIAN MAKLUMAT DARI PSKPP HILIR PERAK

"SUKAN PSKPP UNTUK SEMUA KE ARAH MEMBINA WARGA PENDIDIK YANG SIHAT DAN CERGAS"


Sunday, November 2, 2014

PERTANDINGAN PETANQUE MSKPP DAERAH HILIR PERAK 2014

Pengetua  dan Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak,
Tuan,
PERTANDINGAN PETANQUE MSKPP DAERAH HILIR PERAK 2014
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2.         Dimaklumkan bahawa Kejohanan Petanque MSKPP Perak akan diadakan pada 15 November 2014 di Gelanggang Petanque JKR Kuala Kangsar, Kuala Kangsar mulai jam 8.30 pagi.
3.         Sehubungan dengan itu pertandingan dan pemilihan pemain pasukan Petanque MSKPP Daerah Hilir Perak akan diadakan mengikut maklumat berikut:       
            Tarikh                         : 8 November 2014.
            Masa                          : 9.00 pagi.
Tempat                       : SMK Seri Perkasa, Hutan Melintang.
4.         Pegawai sekolah tuan yang berminat untuk mewakili daerah Hilir Perak dijemput hadir untuk menyertai pertandingan tersebut dan sekiranya terpilih akan mewakili  Daerah Hilir Perak ke kejohanan tersebut.

Kerjasama serta sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.

No comments:

Post a Comment