SELAMAT MELAYARI LAMAN PENCARIAN MAKLUMAT DARI PSKPP HILIR PERAK

"SUKAN PSKPP UNTUK SEMUA KE ARAH MEMBINA WARGA PENDIDIK YANG SIHAT DAN CERGAS"


Thursday, September 25, 2014

RAPTAI DAN PERSIAPAN TEMPAT MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN PESTA MSKPP PERINGKAT NEGERI PERAK 2014



Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak.
(Yang Berkenaan)

Tuan,

RAPTAI DAN PERSIAPAN TEMPAT MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN PESTA MSKPP PERINGKAT NEGERI PERAK 2014

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

 2.        Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak telah diamanahkan untuk mengelolakan Pesta MSKPP Peringkat Negeri Perak pada 26 hingga 28 September 2014 di sekolah-sekolah sekitar bandar Teluk Intan.

3.         Sehubungan dengan itu raptai dan persiapan tempat majlis  seperti di atas akan diadakan mengikut maklumat seperti berikut:

Tarikh Majlis
Perasmian Pembukaan       :   26 September 2014 (Jumaat).
Masa dan Tempat                :   8.00 malam di Hotel Grand Court, Teluk Intan.
Masa Raptai
Dan Persiapan Tempat       :   9.00 pagi pada 25 dan 26 September 2014.
                                                    
Tarikh Majlis
Perasmian Penutup             :   28 September 2014 (Ahad).
Masa dan Tempat                :   3.00 petang di SJK(C ) San Min, Teluk Intan.
Masa Raptai                        :   2.30 petang pada 25 September 2014.
Masa  Persiapan Tempat    :   9.00 pagi pada 27 dan 28 September 2014.                   

4.         Sehubungan itu, sekolah tuan yang telah dilantik sebagai Jawatankuasa Majlis Perasmian Pembukaan dan Penutupan Pesta MSKPP dipohon untuk melaksanakan tugas tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Alias bin Sali, Penyelia Kanan Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak di talian 019-576 9778.

Kerjasama serta sokongan tuan untuk menghadiri mesyuarat tersebut amat dihargai.

Sekian, terima kasih. 



No comments:

Post a Comment