Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Hilir Perak.
Tuan,
PERTANDINGAN CATUR PSKPP DAERAH HILIR PERAK 2014
Dengan
segala hormatnya keputusan mesyuarat Penyelarasan Sukan Guru Peringkat
Daerah Hilir Perak 2014 pada 5 MEI 2014 di Pejabat Pendidikan Daerah
dirujuk.
2.
Selaras dengan keputusan mesyuarat tersebut sukacita dimaklumkan bahawa
pertandingan Catur PSKPP peringkat daerah Hilir Perak akan diadakan
seperti ketetapan berikut:
2.1 Tarikh : 24 MEI 2014(Sabtu)
2.2 Masa : 9.30 pagi hingga 1.30 petang (4 atau 5 pusingan X 40minit)
2.3 Tempat : SMK Seri Perak
2.4 Pengadil : En. Chan See Tian (SMK Horley, no. tel.: 019-5969148)
3. Para warga pendidik digalakkan menyertai pertandingan ini kerana faedah-faedah berikut:
3.1 Penyertaan tersebut boleh diisikan di dalam borang prestasi dan dikira markah
3.2 Berpeluang memenangi hadiah (3 hadiah kategori lelaki dan 3 hadiah kategori perempuan)
3.3 Berpeluang mewakili daerah ke peringkat negeri di Teluk Intan pada 26 dan 27
September 2014.
4. Bagi mereka yang berminat menyertai pertandingan catur ini sila SMS nama, dan nama sekolah kepada pengadil, En. Chan See Tian. (No. tel.: 019-5969148) pada atau sebelum 23 MEI 2014 (Jumaat).
5.
Untuk tujuan penyebaran maklumat di atas, adalah diharap tuan dapat
memperbanyakkan surat ini dan dilekatkan di papan kenyataan pejabat
sekolah, bilik guru dan tempat-tempat lain yang sesuai.
6.
Kerjasama serta sokongan tuan untuk menjayakan usaha PSKPP Daerah Hilir
Perak ini amat dihargai dan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima
kasih.
Sekian.
No comments:
Post a Comment